HTC J Butterfly Membawakan Skrin 5-inci Pada Paparan 1080p

HTC J Butterfly Membawakan Skrin 5-inci Pada Paparan 1080p

Diterbitkan pada Okt 17, 2012 oleh .

Sejak beberapa bulan yang lepas, kita telah mendengar berita berkenaan dengan HTC yang bakal hadir dengan peranti bersaiz 5-inci, dan hari ini, ia diperlihatkan secara rasminya di Jepun.

Peranti yang memfokuskan untuk pasaran Jepun ini membawakan skrin Super LCD 3 bersaiz 5-inci serta dengan ketumpatan pixel pada kadar 440PPI. Ia juga turut menyokong paparan HD penuh pada peranti tersebut.

Dari segi spesfikasi, ia membawakan cip pemprosesan empat-teras 1.5GHz Snapdragon S4 Pro, kamera belakang lapan megapixel dengan sokongan rakaman 1080p, kamera hadapan 2.1-megapixel, serta dilengkapi dengan memori sebanyak 2GB RAM padanya. Beberapa sokongan lain, termasuk NFC, LTE, dan slot mikro-SDHC turut disertakan pada peranti dengan kapasiti storan sebanyak 16GB serta bateri berkapasiti 2020 mAh ini. HTC J Butterfly ini dilengkapi dengan sistem operasi Android 4.1 Jelly Bean padanya.

Ia masih tidak diketahui bilakah peranti ini akan dipasarkan di seluruh dunia termasuk Malaysia.


TIPS & ULASAN