Cari @ Amanz

Bagi para peminat permainan Call of Duty, semestinya tidak sabar menantikan tarikh 13 November kelak, yang mana akan memperlihatkan Activision melancarkan permainan terbaru mereka, Call of Duty : Black Ops 2.

Melalui laman YouTube mereka, pelbagai siri video telah dikongsikan, dan kini, video promosi sempena pelancaran Call of Duty : Black Ops 2 telah pun dimuat-naik, memperlihatkan permainan misi untuk permainan perseorangan.

Seperti semua sedia maklum, Black Ops 2, mengambil latar masa lebih kurang pada tahun 2025, dimana memerlukan para pemain menempuhi pelbagai aksi dan misi dalam menghabiskan permainan tersebut.

Activision bakal memperkenalkan Black Ops 2 untuk para pemain PlayStation 3, Xbox 360 dan juga PC bermula 13 November ini, manakala bagi para pemain yang menggunakan Wii U, ia hanya akan dilancarkan pada 18 November.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd