Beberapa bulan yang lepas, kita telah sedia mendengar mengenai perancangan pihak Google ini yang bakal hadir dengan tablet Nexus dibawah $99 (~RM305), dan kini ia mula kedengaran kembali, dan diperkatakan akan dibangunkan dan dikeluarkan tidak akan hadir daripada pihak Asus. Asus tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan ini buat masa ini.
Sebelum ini, Asus dan Google dikatakan mensasarkan untuk harga jualan dibawah $99 untuk Nexus 7, namun gagal untuk mencapainya. Dan dengan tablet dijana menggunakan Windows 8, serta iPad Mini yang bakal hadir, semestinya Google akan masih mengekalkan penggunaan tablet Android sekiranya mampu hadir dengan harga jualan yang menarik.
Pada masa yang sama, sekiranya benar Google merancang untuk menghasilkannya, ia semestinya memberikan impak kepada jualan tablet daripada pengeluar China yang berasaskan Android. Namun, ia juga masih tidak pasti sama ada harga jualan akan diseragamkan untuk seluruh dunia ataupun tidak.
Sebelum ini, Nexus 7 dijual pada harga $249 di Amerika Syarikat, tetapi berharga lebih kurang RM999 di Malaysia.