Google Memperlihatkan Pusat Data Mereka Melalui Sokongan Street View

Google Memperlihatkan Pusat Data Mereka Melalui Sokongan Street View

Diterbitkan pada Okt 17, 2012 oleh .

Salah satu produk popular Google adalah sokongan Street View, dan nampaknya, selain daripada memberikan akses Street View kepada pejabat mereka, kini Google turut sama memperlihatkan pusat data mereka dengan lebih dekat melalui sokongan Street View.

Perkara ini semestinya salah satu perkara yang dinantikan ramai, apatah lagi, pusat data sesuatu syarikat web selalunya dirahsiakan, dan tidak dibenarkan untuk dirakam gambar dan sebagainya.

Google seperti semua sedia maklum, mempunyai pusat data diseluruh dunia, dan untuk memperlihatkan bagaimanakah ia kelihatan, mereka menyediakan sebuah galeri khas untuk memudahkan para pengguna melihatnya sendiri dengan lebih dekat, disamping mengetahui penggunaan teknologi hijau oleh Google pada pusat data mereka.

Bagi anda yang berminat, boleh melayari galleri gambar yang disediakan oleh Google, dan melihat sendiri dengan lebih dekat bagaimanakah pusat data Google kelihatan sebenarnya.


TIPS & ULASAN