Google Bakal Mengadakan Acara Khas Berkaitan Android Pada 30 Oktober

Google Bakal Mengadakan Acara Khas Berkaitan Android Pada 30 Oktober

Diterbitkan pada Okt 18, 2012 oleh .

Dengan pelbagai ura-ura berkaitan dengan peranti Nexus dan juga Android 4.2, kini Google telah pun mula menghantar jemputan media untuk sebuah acara media khas berkaitan dengan Android pada 29 Oktober (30 Oktober waktu Malaysia) kelak.

Daripada jemputan yang dihantar, Google dilihat menggunakan perkataan “The Playground is Open”, yang mana mungkin sekaligus menandakan kepada beberapa perkara baru memfokuskan kepada pembangun.

Sebelum ini, beberapa info berkenaan dengan Android 4.2 mula kedengaran di arena web, selain peranti LG Nexus yang turut sama kelihatan di internet.

Selain Google, pada hari yang sama, Microsoft merancang untuk mengadakan acara berkaitan Windows Phone 8.


TIPS & ULASAN