Cari @ Amanz
Jadual Pelepasan Ubuntu
Alpha 1 1 Disember
Alpha 2 7 Februari
Beta 7 Mac
Stabil 25 April

Dengan Ubuntu 12.10 yang bakal dilancarkan, kini Mark Shuttleworth telah pun mengumumkan nama kod untuk sistem operasi generasi akan datang mereka, iaitu Ubuntu 13.04. Daripada apa yang diumumkan, Ubuntu 13.04 kelak akan dikenali dengan nama kod “Raring Ringtail”.

Ubuntu 13.04 juga kelihatan seperti akan turut dioptimasikan untuk peranti mudah-alih, terutamanya tablet, telefon pintar dan juga komputer riba, selain pada masa yang sama menyokong televisyen, komputer dan sebagainya.

Pembangun Ubuntu juga bakal memfokuskan kepada pengurusan bateri yang lebih baik pada Ubuntu 13.04, sekaligus menawarkan masa pengunaan yang lebih lama berbanding sedia ada pada hari ini.

Ubuntu 13.04 ini bakal dilancarkan kepada umum pada 25 April 2013 kelak, dengan versi pembangunan pertama dijangka akan dilepaskan seawal 6 Disember 2012 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd