Google Membawakan Sokongan Wish Lists Pada Google Play Store

Google Membawakan Sokongan Wish Lists Pada Google Play Store

Diterbitkan pada Okt 18, 2012 oleh .

Salah satu fungsi yang sering dinantikan ramai pengguna seluruh dunia melalui Google Play Store, adalah Wish Lists, dan kini Google telah pun memperkenalkannya, membolehkan para pengguna seluruh dunia menggunakannya dalam menyimpan senarai aplikasi yang diminati mereka untuk dibeli.

Buat masa ini, sokongan ini kelihatan hanya terdapat pada Google Play di Android sahaja, sementara versi web masih belum menyokongnya lagi buat masa ini.

Untuk menggunakannya, para pengguna, seperti biasa hanya perlu melayari sebarang aplikasi yang diinginkan mereka, dan menekan pada sebuah butang khas berbentuk “bookmark”, dan ia akan secara automatik ditambah kepada Wish Lists. Pengguna kemudiannya boleh melihat senarai aplikasi yang diinginkan mereka melalui halaman khas untuknya yang disediakan oleh Google.


TIPS & ULASAN