Dengan dunia yang beralih sedikit demi sedikit ke arena internet, lebih banyak syarikat telekomunikasi hadir dengan beberapa pakej baru yang memfokuskan pada penawaran penggunaan data, dan terkini, TuneTalk menawarkan pakej baru dinamakan sebagai Cun Plan.
Pelan terbaru daripada Tune Talk ini ditawarkan pada harga serendah RM38 sebulan, dimana melaluinya, ia disertakan bersama-sama dengan penggunaan data sehingga 1GB dan juga panggilan percuma selama 60 minit ke sebarang talian.
Selain daripada pilihan pelan bulanan, pelan berbentuk mingguan turut disediakan, membolehkan para pengguna melanggannya pada harga RM10 untuk data sebanyak 200MB dan juga panggilan selama 20 minit ke sebarang talian.
Bagi mereka yang berminat dan sedia menggunakan Tune Talk, anda boleh hanya menghantarkan SMS dengan kata kunci CC38 (untuk pelan bulanan) ataupun CC10 (untuk pelan mingguan) ke 2222.
Introducing The “Cun” Plan! Only RM38/month & u’ll get 1GB DATA + 60 MINUTES voice call to all networks! Cun enough? #CunPlan
— Tune Talk (@TuneTalk) Oktober 17, 2012