Bagaimana Sembunyikan Tab Pada Chrome Dengan Hanya Satu Klik?

Bagaimana Sembunyikan Tab Pada Chrome Dengan Hanya Satu Klik?

Diterbitkan pada Okt 18, 2012 oleh .

..sembunyikan semua tab dengan hanya satu klikKadang-kala, ketika bekerja ataupun di dalam makmal komputer, anda mungkin melayari laman yang dilarang, seperti laman sosial dan sebagainya. Dan untuk mengelakkan anda daripada ditangkap oleh cikgu ataupun majikan anda, salah satu extension yang mungkin berguna untuk anda adalah Panic Button.

Dengan memasang Panic Button ini, ia akan menambah sebuah ikon khas bersebelahan dengan bar URL pada Chrome, dimana dengan menekannya (ketika berwarna merah), ia akan menyembunyikan kesemua tab yang sedang dilayari oleh anda, dan hanya memaparkan halaman tab baru sahaja. Untuk mengembalikannya, para pengguna hanya perlu klik kembali ikon berkenaan (yang berubah kepada warna hijau), dan ia akan kembalikan semula ke semua tab seperti sedia kala.

Panic Button turut sama membawakan beberapa tetapan dan pilihan tambahan, seperti kebolehan untuk menambah kata laluan dan sebagainya untuk anda melindungi daripada sesiapa kembalikan tab yang disembunyikan.

Bagi anda yang menggunakan Google Chrome, dan ingin mencubanya, boleh memuat-turun Panic Button ini secara percuma daripada Chrome Web Store hari ini.

Tambah Panic Button pada Google Chrome


TIPS & ULASAN