Windows 8 bakal dilancarkan pada penghujung minggu hadapan, dan seminggu sebelumnya, kini bilangan angka aplikasi di Windows Store melangkaui angka 5,000 aplikasi dan kebanyakkan daripadanya adalah aplikasi percuma.
Menurut WinAppUpdate yang sering mengeluarkan kemaskini berkaitan bilangan aplikasi semasa di Windows Store, kini jumlah keseluruhan aplikasi di Windows Store adalah sebanyak 5,562 aplikasi, dan sebanyak 4,874 aplikasi daripadanya adalah percuma.
Daripada jumlah aplikasi tersebut, sebanyak 94% aplikasi disokong pada Windows RT. WinAppUpdate turut berkongsi jumlah pembangun yang telah menerbitkan aplikasi pada Windows Store, iaitu seramai 2,626 pembangun.
Microsoft bakal melancarkan Windows 8 secara rasminya pada Jumaat hadapan, dengan komputer riba, tablet dan desktop yang menggunakannya dijangka akan mula dijual di Malaysia bermula penghujung Oktober ini.
Windows Store is at 5,562 apps globally, 87% of which (4,874) are free. ~94% of x86/x64 apps are supported on Windows RT.
— Win App Update (@WinAppUpdate) Oktober 17, 2012
Total of 2,626 developers now publishing apps on the Windows Store.
— Win App Update (@WinAppUpdate) Oktober 17, 2012