UMobile Menawarkan Pelan Prabayar Pada Harga Serendah RM18 Sebulan

UMobile Menawarkan Pelan Prabayar Pada Harga Serendah RM18 Sebulan

Diterbitkan pada Okt 18, 2012 oleh .

…data 250MB pada kelajuan penuh, panggilan percuma 25 minit, 25 SMS percuma.Selain daripada persaingan harga dalam penawaran perkhidmatan BlackBerry Internet Service, kini kelihatan syarikat telekomunikasi tempatan turut sama bersaing dalam penawaran harga perkhidmatan mereka, dimana selepas TuneTalk, kini UMobile kelihatan menawarkan pelan baru mereka pada harga serendah RM18 sebulan.

Melalui pakej yang dinamakan sebagai UMI 18, ia menawarkan penggunaan data sehingga 250MB pada kelajuan penuh, panggilan percuma ke semua talian selama 25 minit, dan juga sebanyak 25 SMS percuma untuk semua talian.

Dan sekiranya pengguna tidak menghabiskan minit panggilan atau SMS untuk sesuatu bulan, ia akan dibawa ke bulan hadapan. Namun, kadar maksimum yang boleh dibawa ke hadapan hanya sehingga berjumlah 50 minit panggilan suara dan juga 50 SMS percuma sahaja.

Pelan ini mungkin bersesuaian dengan mereka yang mempunyai lebih daripada satu peranti, ataupun mereka yang inginkan talian tambahan untuk tablet mereka.

Selain daripada pakej RM18, UMobile turut sama menawarkan UMI 28, yang menawarkan panggilan percuma selama 100 minit, 30 SMS percuma, dan juga penggunaan data pada kadar kelajuan tinggi sehingga 500MB.


TIPS & ULASAN