2.2Mbps Adalah Kelajuan Internet Purata Di Malaysia Pada Suku Tahun Kedua 2012

2.2Mbps Adalah Kelajuan Internet Purata Di Malaysia Pada Suku Tahun Kedua 2012

Diterbitkan pada Okt 18, 2012 oleh .

Seperti setiap suku tahun, kini Akamai telah pun mengeluarkan laporan suku tahun kedua untuk 2012, memperlihatkan kelajuan internet dan infrastruktur di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Secara purata untuk global, kelajuan internet meningkat sebanyak 13% berbanding suku tahun lepas, menjadikan kelajuan purata internet seluruh dunia pada 3Mbps.

Di Malaysia pula, kelajuan purata untuk suku tahun yang kedua tahun 2012 adalah 2.2Mbps, memperlihatkan peningkatan sebanyak 7.4% berbanding suku tahun yang lepas. Dan jikalau dilihat dari segi kelajuan purata maksima yang dicapai oleh pengguna tempatan, ia adalah pada kelajuan sehingga 16.4Mbps pada suku tahun kedua 2012. Akamai turut melaporkan yang mana sebanyak lebih daripada 1.2% pengguna internet menikmati kelajuan melangkaui 10Mbps di Malaysia, dan lebih 12% menikmati kelajuan melangkaui 4Mbps.

Angka ini semestinya akan berubah pada laporan suku tahun ketiga kelak, memandangkan dengan TIME dot Com yang kini menawarkan kelajuan internet sehingga 100Mbps pada harga yang berpatutan untuk pengguna tempatan. Pada masa yang sama, kawasan liputan untuk UniFi juga kelihatan semakin meluas dari hari ke hari, disamping Maxis yang turut mempromosikan perkhidmatan HSBB mereka, Maxis Home.

Muat-Turun Laporan Penuh Akamai


TIPS & ULASAN