Kamera AES? Kini Ada Aplikasi Untuknya (iOS)

Kamera AES? Kini Ada Aplikasi Untuknya (iOS)

Diterbitkan pada Okt 18, 2012 oleh .

Artikel ini telah dikemaskini. Rujuk bahagian bawah untuk kemaskini terkini

Dengan sistem AES yang mula dikuat-kuasakan secara berperingkat dan menjadi bualan hangat oleh ramai pengguna tempatan, kini salah seorang pembangun hadir dengan sebuah aplikasi khas untuknya.

Aplikasi khas untuk para pengguna iOS ini ditawarkan secara berbayar pada harga $0.99 percuma, dimana ia menyenaraikan senarai sebanyak 831 lokasi. Melalui aplikasi ini, dengan sokongan penggunaan geolokasi terbina pada peranti iOS, ia membolehkan notifikasi diperlihatkan apabila anda menghampiri sesuatu lokasi AES.

Untuk makluman, buat masa ini, hanya sebanyak 14 kamera sahaja beroperasi, dengan selebihnya akan dipasang dalam tempoh masa 18 bulan akan datang. Namun, aplikasi ini menyenaraikan kesemua lokasi sama ada yang aktif ataupun tidak.

Bagi para pengguna yang aktif menggunakan aplikasi seumpama Waze, mungkin mereka tidak memerlukan aplikasi ini, memandangkan beberapa lokasi telah pun sedia ditandakan oleh pengguna Waze tempatan. Namun, bagi sesiapa yang inginkan sesuatu alternatif, ataupun inginkan aplikasi tambahan untuk AES, mungkin boleh mendapatkannya daripada AppStore hari ini.

Muat-Turun Aplikasi AES Untuk iOS (Akan kembali pada minggu hadapan)


Peta lokasi kamera AES di Google Maps


Kemaskini : Menurut pembangunnya, mereka telah pun mengemaskini aplikasi tersebut, dan akan menerbitkan kembali ke AppStore dalam tempoh kurang seminggu. Antara kemaskini dan fungsi baru yang disertakan adalah termasuk membunyikan amaran apabila mendekati kamera AES; menambah kebolehan untuk menyenaraikan kamera mengikut negeri; mengetahui jenis kamera AES (kelajuan/trafik); dan beberapa perkara yang lain lagi. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN