Hanya 2.9 Juta Nokia Lumia Dijual Pada Suku Tahun Ketiga 2012

Hanya 2.9 Juta Nokia Lumia Dijual Pada Suku Tahun Ketiga 2012

Diterbitkan pada Okt 18, 2012 oleh .

Dengan berakhirnya suku tahun ketiga, Nokia kini telah pun mengeluarkan laporan kewangan mereka untuk suku tahun tersebut, memperlihatkan kerugian, dan hanya sebanyak 2.9 juta peranti Windows Phone daripada mereka yang terjual pada tempoh tersebut.

..pendapatan keseluruhan sebanyak $9.4 billion, dengan kerugian operasi sebanyak $755 jutaSecara keseluruhan Nokia mencatatkan kerugian untuk suku tahun yang lepas, dengan hanya sebanyak 82.9 juta peranti sahaja yang terjual secara keseluruhan.

Penyumbang utama untuk Nokia buat masa ini adalah telefon mudah-alih biasa, terutamanya Nokia Asha, dan mereka masih ketinggalan dalam arena telefon pintar. Kekurangan jualan Lumia mungkin disebabkan oleh peranti Lumia sedia ada yang tidak akan menyokong Windows Phone 8, sekaligus membuatkan ramai yang menantikan peranti terbaru Lumia sebelum beralih kepadanya.

…3.4 juta peranti Symbian terjual berbanding 2.9 juta peranti Windows Phone.Nokia dijangka akan mula menjual Nokia Lumia 820 dan juga Nokia Lumia 920 pada bulan hadapan, yang mana merupakan antara peranti Windows Phone 8 dinantikan ramai pengguna seluruh dunia.

Mungkinkah Nokia akan kembali mengungguli dunia peranti mudah-alih dalam suku tahun akan datang?


TIPS & ULASAN