Kubuntu 12.10 Quantal Quetzal Dilancarkan Secara Rasmi

Kubuntu 12.10 Quantal Quetzal Dilancarkan Secara Rasmi

Diterbitkan pada Okt 18, 2012 oleh .

Sementara menantikan pengumuman rasmi berkaitan dengan Ubuntu 12.10, kini pembangunnya terlebih dahulu melancarkan variasi KDE untuk sistem operasi popular tersebut, iaitu Kubuntu 12.10 Quantal Quetzal, dan sedia dimuat-turun hari ini.

Kubuntu 12.10 adalah versi keluaran biasa, dan akan disokong selama 18 bulan oleh pembangunnya. Kubuntu 12.10 ini membawakan bersama-sama KDE SC (Software Compilation) yang dikemaskini kepada versi 4.9.2, bersama-sama dengan beberapa perubahan baru padanya.

Dari segi perisian dan sistem, Kubuntu 12.10 menyertakan kernel Linux 3.5.5, Python 3.2, LibreOffice 3.6.2.2, Rekonq (pelayar web) 1.1, Amarok (pemain media) 2.6.0, serta pelbagai kemaskini yang lain.

Ia turut membawakan kemaskini kepada Plasma Workspaces, selain OwnCloud yang dikemaskini kepada OwnCloud 4, menyertakan pelbagai fungsi baru, termasuk perkongsian kalendar, serta kemudahan untuk berkongsi fail dan galeri.

Bagi para pengguna yang berminat, boleh memuat-turun Kubuntu 12.10 hari ini, dan mencubanya sendiri. Ubuntu dan beberapa variasi yang lain dijangka akan diumumkan secara rasmi dalam masa beberapa jam.

Muat-Turun Kubuntu 12.10 Quantal Quetzal


TIPS & ULASAN