Cari @ Amanz

Sejak Nokia beralih fokus kepada Windows Phone, ramai yang telah mempersoalkan masa depan Symbian (ataupun dikenali sebagai Nokia OS), dan kini, melalui perbincangan bersama pembangun, ia kelihatan Nokia meletakkan Symbian pada mod penyenggaraan, dan tiada kemaskini baru akan diperkenalkan tanpa sebarang sebab (berasaskan bisnes).

Ini sekaligus menjadikan Symbian Belle FP2 sebagai kemaskini terakhir untuk para pengguna peranti Symbian. Kemaskini Belle FP2 telah diperkenalkan beberapa minggu sebelum ini, yang membawakan beberapa fungsi baru padanya, dan dari segi peranti, peranti terakhir Symbian yang menarik minat ramai pengguna semestinya adalah Nokia 808 PureView dengan teknologi kamera yang terbaik pada peranti mudah-alih.

Perkara ini mungkin akan agak mengecewakan para pembangun dan pengguna peranti Symbian, apatah lagi dengan rekod jualan peranti Symbian melangkaui Lumia pada suku tahun yang lepas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd