Huawei Bakal Hadir Dengan Peranti Bersaiz 6.1-inci?

Huawei Bakal Hadir Dengan Peranti Bersaiz 6.1-inci?

Diterbitkan pada Okt 18, 2012 oleh .

Jikalau ramai mengatakan Galaxy Note 2 membawakan saiz skrin yang besar, nantikan peranti baru yang diura-ura akan dilancarkan oleh Huawei, dinamakan sebagai Huawei Ascend Mate.

Huawei Ascend Mate ini dikatakan akan membawakan skrin bersaiz 6.1-inci dengan sokongan paparan resolusi penuh pada 1080p, dijana menggunakan cip pemprosesan empat-teras 1.8GHz Hisilicom K3V3 yang dibangunkan oleh Huawei, dan dilengkapi dengan memori sebanyak 2GB RAM.

Ia turut dikatakan Huawei Ascend Mate ini bakal menyertakan bateri berkapasiti 4000mAh padanya, dan dijana menggunakan Android 4.1 Jelly Bean, serta antaramuka Emotion UI padanya.

Buat masa ini, masih tidak diketahui bilakah Huawei akan melancarkan peranti terbaru mereka ini. Namun, persoalannya semestinya, adakah praktikal untuk menggunakan peranti bersaiz 6.1-inci. Dan untuk menjawabnya, dengan ramai pengguna yang menggunakan Galaxy Tab sebagai telefon mudah-alih mereka, semestinya peranti bersaiz 6.1-inci kelak turut akan mempunyai peminatnya yang tersendiri.


TIPS & ULASAN