Ubuntu 12.10 Quantal Quetzal Sedia Untuk Dimuat-Turun

Ubuntu 12.10 Quantal Quetzal Sedia Untuk Dimuat-Turun

Diterbitkan pada Okt 19, 2012 oleh .

Sepertimana yang dinantikan, akhirnya Canonical telah pun memuat-naik Ubuntu 12.10 ke pelayan mereka, membolehkan para pengguna seluruh dunia mula memuat-turun dan menggunakannya hari ini.

aplikasi web sebagai aplikasi desktopUbuntu 12.10, selain daripada membawakan pelbagai kemaskini daripada segi aplikasi dan perisian yang digunakan padanya, ia turut menyertakan beberapa sokongan baru padanya. Salah satunya adalah penggunaan aplikasi web sebagai aplikasi desktop dengan mudah.

Ia sekaligus memuudahkan para pengguna Ubuntu menggunakan aplikasi web seperti aplikasi desktop biasa, dan mengintegrasikannya dengan beberapa fungsi lain di Ubuntu.

Antaramuka Unity turut sama ditambah-baik pada Ubuntu 12.10, dimana kini anda boleh melihat preview untuk kebanyakkan fail anda dengan mudah terus pada panelnya, sekaligus memudahkan anda mencari dan memilih fail yang dikehendaki.

Beberapa aplikasi sedia ada turut diintegrasikan dan ditambah baik, dan salah satunya adalah Update Manager yang kini dijenamakan semula sebagai Software Updater. Melaluinya, kini setiap kali anda memulakannya, ia akan menyemak sebarang kemaskini, dan memudahkan proses kemaskini aplikasi anda.

Dari segi aplikasi pula, ia menyertakan LibreOffice 3.6.2, GNOME 3.6, Firefox 16 dan juga Mozilla Thunderbird 16 padanya. Sokongan perkomputeran awan, Ubuntu One turut sama ditambah-baik dengan Ubuntu One Music yang kini boleh diakses terus daripada Launcher.

..sokongan UEFI Secure BootDari segi keselamatan dan sekuriti pula, Ubuntu 12.10 didatangkan dengan sokongan UEFI Secure Boot padanya, sekaligus membolehkan ia dipasang bersama-sama Windows 8 tanpa sebarang masalah.

Bagi para pengguna yang berminat, anda boleh mula memuat-turun Ubuntu 12.10 Quantal Quetzal daripada laman rasmi Ubuntu hari ini, dan menggunakannya pada komputer anda. Kami akan cuba hadir dengan ulasan khas untuk sistem operasi ini dalam masa beberapa hari lagi.

Muat-Turun Ubuntu 12.10 Quantal Quetzal untuk desktop.


TIPS & ULASAN