Galaxy Note 2 Boleh Didapati Secara Rasmi Daripada Maxis, Celcom, DiGi

Galaxy Note 2 Boleh Didapati Secara Rasmi Daripada Maxis, Celcom, DiGi

Diterbitkan pada Okt 19, 2012 oleh .
Spesifikasi Galaxy Note 2
Cip Empat-Teras 1.6GHz
Memori 2GB RAM
Storan Terbina 16GB + mikro-SD (~64GB)
Skrin 5.5-inci HD Super AMOLED (1280×720)
Kamera Belakang 8MP, Hadapan 1.9MP
Bateri 3,100 mAh Li-on
Lain-lain Stylus S-Pen, NFC (S-Beam), Bluetooth 4.0, mHL

Samsung Galaxy Note 2, peranti bersaiz 5.5-inci daripada Samsung dengan sokongan S-Pen akhirnya telah pun mula dijual secara rasminya oleh para pengedar rasmi Samsung seluruh negara pada harga RM2299 untuk peranti tersebut.

Dan bagi mereka yang ingin menjimatkan sedikit wang dan tidak ingin mengeluarkan wang mereka sekaligus, mungkin boleh mendapatkannya daripada tiga syarikat telekomunikasi utama tempatan pada harga yang rendah, tetapi dengan komitmen bulanan. Maxis, DiGi dan Celcom, ketiga-tiga syarikat gergasi ini menawarkan pakej tersendiri untuk peranti ini. Ia masih lagi tidak diketahui sama ada UMobile akan hadir dengan pakej mereka tersendiri ataupun tidak.

Galaxy Note 2 dari serendah RM1399 daripada MaxisMaxis seperti biasa, menawarkan peranti Galaxy Note 2 bersama-sama dengan pilihan pakej Value First, ataupun Value Plus yang mana digabungkan dengan pilihan pelan data 1GB (RM48), 3GB (RM68) ataupun 6GB (RM98). Jadi sebagai contoh, sekiranya anda memilih Value Plus 50 dan juga pelan data 1GB, maka keseluruhan, komitmen bulanan anda akan berjumlah RM98 untuk setiap bulan, dan untuk bulan pertama, anda dikehendaki membayar sekali harga peranti tersebut yang berbeza dengan tempoh kontrak anda dan juga pilihan pelan data.

Bagi para pengguna yang ingin mendapatkannya daripada Maxis, mungkin boleh turut sama menyemak pelan Maxis TalkMore 78 yang ditawarkan oleh mereka dengan kadar harga peranti yang lebih rendah.

Halaman rasmi rujukan harga jualan Galaxy Note 2 oleh Maxis

DiGi menawarkan Galaxy Note 2 pada harga serendah RM1399DiGi pula menawarkan pakej peranti Galaxy Note 2 dengan pilihan DG Smart Plan yang membawa kepada hanya tawaran penggunaan pelan data sahaja, tetapi turut boleh digunakan untuk membuat panggilan dan SMS pada harga tambahan. Pada komitmen bulanan sebanyak RM88, para pengguna boleh mendapatkannya pada harga serendah RM1399, tetapi untuk pembayaran pertama, DiGi meminta deposit sebanyak RM600 (yang akan ditolak setiap bulan pada bil), menjadikan jumlah pembayaran pertama mencecah RM2087.

Halaman rasmi jualan Galaxy Note 2 oleh DiGi

Celcom menawarkan Galaxy Note 2 pada harga serendah RM1498Selain Maxis dan DiGi, Celcom turut sama menawarkan pakej dan pelan tersendiri untuk Galaxy Note 2, dimana mereka menyediakan sebanyak 6 pelan khas untuknya. Seperti Maxis, para pengguna diberi pilihan untuk pilihan pelan panggilan suara dan juga penggunaan internet, dengan jumlah komitmen serendah RM78 sehingga RM208 oleh Celcom.

Untuk mendapatkan pada harga peranti terendah, RM1498, pengguna dikehendaki melanggan kepada pakej dengan komitmen bulanan sebanyak RM188 ataupun RM208, yang mana memerlukan deposit sebanyak RM450. Dan seperti biasa, pada permulaan pembayaran, pengguna dikehendaki membayar harga peranti dan juga deposit untuknya.

Halaman jualan rasmi Galaxy Note 2 oleh Celcom

Seperti dinyatakan pada awal artikel, para pengguna masih mempunyai pilihan untuk mendapatkan peranti ini secara berasingan tanpa sebarang kontrak daripada para pengedar rasmi Samsung seluruh negara para harga RM2299. Namun, sekiranya anda masih ingin mendapatkan daripada pelan syarikat telekomunikasi, apakah pilihan pakej yang akan menjadi pilihan anda?

Galaxy Note 2

Baca : Pandang Pertama – Galaxy Note 2


TIPS & ULASAN