Gambar Peranti Windows Phone 8 – Huawei Ascend W1 Tertiris Ke Arena Web

Gambar Peranti Windows Phone 8 – Huawei Ascend W1 Tertiris Ke Arena Web

Diterbitkan pada Okt 19, 2012 oleh .

Jikalau sebelum ini, gambar Huawei Ascend W1 yang kurang jelas kelihatan di arena web, kini, gambar grafik untuk peranti Windows Phone 8 daripada pihak Huawei itu tertiris di arena web daripada @EVLeaks, yang sebelum ini hadir dengan beberapa gambar peranti popular, jauh sebelum ia diumumkan.

Peranti Huawei Ascend W1 ini dikatakan bakal membawa cip pemprosesan dwi-teras 1.2GHz, skrin WVGA bersaiz 4-inci, memori sebanyak 512MB RAM, ruangan storan sebesar 4GB dan juga bateri berkapasiti 2000 mAh padanya. Ia juga dijangka akan ditawarkan dalam pelbagai pilihan warna, lebih kurang seperti peranti Windows Phone 8 Nokia dan juga HTC sebelum ini.

Ia dijangka peranti ini bakal dijual pada penghujung tahun ini di beberapa negara utama. Harga dan tarikh pelancaran rasminya masih tidak diketahui buat masa ini.


TIPS & ULASAN