Tweetbot Untuk Mac Dilancarkan Pada Harga $20

Tweetbot Untuk Mac Dilancarkan Pada Harga $20

Diterbitkan pada Okt 19, 2012 oleh .

Bagi para pengguna Mac OS X, salah satu aplikasi yang dinantikan ramai adalah Tweetbot. Setelah melalui pelbagai fasa percubaan sebelum ini, hari ini, ia dilancarkan secara rasmi di Mac App Store, pada harga yang agak tinggi, iaitu $19.99 (~RM61).

Tweetbot telah pun sedia popular di kalangan pengguna iOS, menawarkan rekabentuk dan penggunaan yang menarik untuk mereka. Dan kini, ia turut membawakan sokongan yang serupa dengan rekabentuk yang amat menarik untuk pengguna Mac OS X.

Menurut pihak pembangunnya, harga yang tinggi dikenakan memandangkan pihak Twitter mengenakan had penggunaan API mereka, dan pihak Tweetbot ingin menjadikan ia agak eksklusif dengan harga yang tinggi. Reaksi pengguna untuk tindakan ini adalah berbeza-beza, dimana ada yang menyukai tindakan ini, dan ada yang mengatakan mereka tidak akan mengeluarkan wang sebanyak itu untuk hanya sebuah klien Twitter (pada harga yang sama dengan Mac OS X 10.8).

Semestinya, segala pilihan di tangan pengguna itu sendiri. Dan sekiranya anda berminat untuk mendapatkannya, boleh membelinya terus daripada Mac App Store hari ini pada harga $19.99.

Dapatkan Tweetbot untuk Mac


TIPS & ULASAN