Pembangunan Ubuntu Akan Dikendalikan Secara Dalaman Selepas Ini

Pembangunan Ubuntu Akan Dikendalikan Secara Dalaman Selepas Ini

Diterbitkan pada Okt 19, 2012 oleh .

Bersama-sama dengan pelancaran Ubuntu 12.10, Mark Shuttleworth turut sama mengumumkan berita yang agak mengejutkan, mengatakan dimana selepas ini, segala proses pembangunan fungsi baru Ubuntu akan dikendalikan secara dalaman, dan ia akan dijadikan kejutan ketika pengenalan sistem operasi versi baru itu kelak.

Menurut bapa Ubuntu itu, beberapa pembangun akan dipilih untuk mengakses beberapa bahagian pembangunan pada sistem operasi sumber terbuka tersebut. Perkara ini akan mula diperkenalkan bermula dengan pembangunan untuk Ubuntu 13.04 kelak.

..bentuk pembangunan menyerupai Android oleh GooglePerkara yang serupa juga diguna pakai oleh Google untuk pembangunan Android, dimana ia dibangunkan secara dalaman, dan setelah selesai dibangunkan, ia dilepaskan kepada komuniti sebagai sumber terbuka.

Pada masa yang sama, dari segi untuk pengguna biasa, ia akan memberikan impak yang lebih baik dengan fungsi-fungsi baru yang hanya diumumkan dan diperkenalkan secara rasmi pada pengumuman versi akhir kelak. Namun, semestinya pihak komuniti sumber terbuka mempunyai pandangan yang berbeza.


TIPS & ULASAN