Cari @ Amanz

Windows Phone 8 bakal dilancarkan secara rasminya pada 30 Oktober ini oleh Microsoft, dan kini salah satu fungsi yang dinantikan ramai, iaitu sokongan aplikasi Skype diperlihatkan padanya.

Skype telah pun sedia terdapat pada Windows Phone, tetapi dengan WP8, melalui sokongan VoIP, ia membolehkan Skype diintegrasikan dengan lebih mendalam padanya, mengintegrasikan ia pada buku alamat, selain turut membolehkan para pengguna menerima panggilan daripada Skype, seperti mana mereka menggunakan telefon biasa.

Dan sekiranya para pengguna mempunyai Skype Credit, mereka boleh membuat panggilan kepada rakan-rakan mereka yang tidak menggunakan Skype dengan mudah, memandangkan buku alamat diintegrasikan terus padanya.

Video yang dipertontonkan hanya sekadar memperlihatkan beberapa fungsi asas, dan mungkin kelak pada acara pelancarannya kelak, Microsoft akan berkongsi lebih lanjut mengenai Skype pada Windows Phone 8. Sama-sama kita nantikannya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd