Jikalau beberapa hari sebelum ini kita dapat melihat video promosi untuk pelancaran Black Ops 2, hari ini, Microsoft telah pun memuat-naik video khas Halo 4 bersempena dengan pelancaran Halo 4 pada 6 November akan datang.
Halo 4 seperti biasa mengekalkan statusnya sebagai permainan eksklusif untuk Xbox 360, dan merupakan trilogi pertama dalam siri Reclaimer Trilogy untuk Halo. Permainan ini mengambil latar-masa 4 tahun selepas tamatnya permainan Halo 3, dan membawakan watak protagonis popular, Master Chief padanya.
Selain daripada video promosi untuk permainan, Microsoft juga mempromosikan Halo 4 dengan menyediakan sebuah siri filem pendek yang mana dikeluarkan episod baru setiap minggu. Dan lagi satu perkara menariknya mengenai Halo 4 adalah dimana beberapa hari sebelum ini, permainan tersebut telah pun tertiris ke arena web. Namun disebabkan Microsoft yang memberi amaran awal akan mengharamkan pemain yang memainkannya daripada Xbox Live, maka ia tidak memberi kesan yang serius untuknya.