Carian
Peranti Sebenar Google Motorola Akan Hadir Pada Tahun 2013
October 19, 2012 Aman

Sehingga kini, Google masih belum memfokuskan sepenuhnya pada Motorola yang telah diambil-alih oleh mereka sebelum ini. Tetapi, perkara ini dijangka akan berubah pada tahun hadapan, dan mungkin kita akan melihat peranti sebenar Google Motorola pada tahun hadapan.

Perkara ini diketahui daripada kenyataan kewangan suku tahun lepas yang dikeluarkan, dimana Google mengatakan memandangkan mereka baru sahaja mengambil-alih Motorola, mereka memerlukan masa antara 12 hingga 18 bulan untuk melihat hasil positif daripadanya.

Mungkin ini adalah salah satu sebab mengapa Google pada tahun ini diura-ura akan hadir dengan peranti Nexus daripada beberapa pengeluar, sekaligus menjaga pasaran pengeluar peranti Android sepenuhnya.

Dari segi perniagaan berasaskan hardware selain daripada Google Glasses, Google juga turut melaburkan duit yang banyak dalam membangunkan kereta yang dipandu secara automatik.

Komen