Spesfikasi Peranti LG Nexus 4 Tertiris Ke Arena Web

Spesfikasi Peranti LG Nexus 4 Tertiris Ke Arena Web

Diterbitkan pada Okt 19, 2012 oleh .

Ia seperti berkemungkinan tinggi peranti Nexus terbaru daripada LG akan menggunakan nama LG Nexus 4, apabila kini @EVLeaks turut sama hadir dengan gambar peranti dan spesifikasi untuknya.

Sebelum ini, pihak @EVLeaks melalui akaun Twitter mereka, telah pun memuat-naik pelbagai gambar peranti sebelum ia diumumkan secara rasmi.

Daripada apa yang dikongsikan mereka, LG Nexus 4 dikatakan akan membawakan cip pemprosesan empat-teras 1.5GHz, skrin bersaiz 4.7-inci dengan resolusi 1280×768 pixel, memori sebanyak 2GB RAM, storan terbina 16GB, kamera belakang 8-megapixel, kamera hadapan 1.3-megapixel, dan bateri berkapasiti 2100 mAh padanya. LG Nexus 4 bakal menggunakan Jelly Bean MR1 padanya.

Harga jualannya masih tidak diketahui lagi. Google bakal mengadakan sebuah acara khas pada 30 Oktober kelak, dan mungkin kita akan dapat melihat ia dilancarkan dan diumumkan pada hari tersebut.


TIPS & ULASAN