Sony Berkongsi Perancangan Jelly Bean Untuk Peranti Mereka

Sony Berkongsi Perancangan Jelly Bean Untuk Peranti Mereka

Diterbitkan pada Okt 19, 2012 oleh .

Sony Mobile yang terkenal dengan pelbagai peranti Xperia mereka, hari ini melalui blog rasmi berkongsi perancangan kemaskini Jelly Bean untuk peranti Xperia pada tahun 2012. Yang terawal akan menerimanya adalah Xperia T, Xperia TX dan juga Xperia V, yang mana kini sedang mula dijual dan dipasarkan ke seluruh dunia secara berperingkat.

Selain peranti yang diperkenalkan tahun ini, Sony turut sama mengesahkan Xperia S, Xperia Acro S, Xperia Ion, Xperia P, Xperia Go, dan juga Xperia J akan turut menerima Jelly Bean , namun maklumat berkenaan bilakah ia akan diperkenalkan tidak dikongsikan oleh Sony buat masa ini.

Semestinya, walaupun mengambil masa yang agak lama untuk pengguna Sony menerimanya, ia serba sebanyak akan mengembirakan para pengguna Xperia seluruh dunia termasuk Malaysia.


TIPS & ULASAN