Cari @ Amanz

Picasa telah menjadi salah satu lokasi yang menjadi rujukan untuk melihat model-model telefon Android akan datang, dan terkini ia kelihatan salah satu gambar dimuat-naik menggunakan peranti yang dinamakan sebagai Nexus 10.

Google Nexus 10 sebelum ini diura-ura akan dikeluarkan oleh Samsung, dan seperti pada namanya membawakan skrin bersaiz 10-inci, dan menggunakan resolusi 2560×1600 pixel padanya, yang melangkaui paparan Retina pada iPad baru.

Daripada gambar yang dimuat-naik juga, ia kelihatan mungkin kamera 5-megapixel digunakan, dan saiz gambar juga menyerupai saiz paparan yang diura-ura kan.

Buat masa ini, ia masih terlalu awal untuk bercakap mengenai Nexus 10, dimana mengikut laporan awal, ia akan diperkenalkan hanya pada suku tahun pertama 2013 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd