Sony Bakal Turut Hadir Dengan Peranti Android Bersaiz 6-inci?

Sony Bakal Turut Hadir Dengan Peranti Android Bersaiz 6-inci?

Diterbitkan pada Okt 20, 2012 oleh .

Adakah peranti 6-inci akan menjadi peranti popular pada tahun hadapan? Sekiranya semalam kita dengar Huawei akan hadir dengan peranti bersaiz 6.1-inci, kini Sony pula diura-ura akan hadir dengan peranti bersaiz 6-inci.

Kesahihan perkara ini tidak diketahui sepenuhnya buat masa ini. Namun, mengikut ura-ura awal, peranti bersaiz 6-inci daripada Sony ini dikatakan bakal membawakan paparan pada resolusi 1920xx1080 pixel, memori sebanyak 2GB RAM, dan dijana menggunakan cip pemprosesan empat-teras 1.5GHZ Snapdragon S4. Ia juga dikatakan bakal mengekalkan rekabentuk yang kalis air dan habuk, yang mana sedia popular dikalangan peranti keluaran Sony.

Ia masih akan dikategorikan di bawah peranti hibrid tablet dan juga telefon pintar ataupun yang mana dikenali sebagai phablet dikalangan pengguna.

Jadi, adakah anda bersedia untuk melihat lambakan peranti mudah-alih bersaiz 6-inci?


TIPS & ULASAN