Carian
Beberapa Fungsi Baru Pada Windows Phone 8 Kelihatan
October 20, 2012 Aman

Beberapa fungsi pada Windows Phone 8 masih lagi dirahsiakan oleh pihak Microsoft, namun, kini melalui beberapa gambar peranti Ativ S yang dikongsikan seorang pengguna Reddit, beberapa fungsi yang bakal dibawakan bersama-sama dengannya mula kelihatan.

…integrasi perkhidmatan 7Digital pada peranti Samsung.Seperti semua sedia maklum, ia akan mengintegrasikan sokongan Xbox Music pada Windows Phone 8, salah satu perkhidmatan yang turut diperkenalkan oleh Microsoft baru-baru ini untuk pengguna Xbox 360. Namun, daripada apa yang dimaklumkan, pengguna Windows Phone 8 mungkin dikehendaki melanggan perkhidmatan tersebut sebelum dapat mendengarnya melalui peranti mereka, berbeza dengan pengguna Windows 8 yang boleh menikmatinya secara percuma selama 6 bulan.

Salah satu gambar di Music Hub juga turut memperlihatkan logo 7Digital, sekaligus memperlihatkan perkhidmatan tersebut diintegrasikan pada peranti Samsung. Samsung juga kelihatan turut mengintegrasikan salah satu aplikasi popular mereka, Family Story pada peranti Windows Phone 8 keluarannya.

sokongan Wallet untuk menyimpan data kad ganjaranWindows Phone 8 juga bakal membawakan sokongan yang dinamakan Wallet, membolehkan para pengguna menyimpan maklumat mengenai kad ganjaran, kupon, kad kredit dan sebagainya pada satu lokasi dan mengaksesnya pada bila-bila masa dengan mudah.

Maps secara OfflinePada Windows Phone 8 kelak, para pengguna akan mendapat akses kepada Nokia Maps, dan menariknya sokongan penggunaan secara luar talian juga dilihat didatangkan bersama-sama, membolehkan para pengguna terlebih dahulu memuat-turun data peta sesuatu lokasi, dan menggunakannya tanpa sebarang penggunaan data pada kemudian hari.

Salah satu perkara baru yang dikenal pasti melalui gambar-gambar yang dikongsikan adalah sokongan yang dinamakan sebagai Live Wallpaper, dimana seperti pada namanya, ia mungkin akan membawakan sokongan penggunaan gambar bergerak sebagai latar belakang peranti Windows Phone 8 kelak.

Seperti semua sedia maklum, integrasi Skydrive juga disertakan pada Windows Phone 8, dan sebuah tetapan disediakan membolehkan para pengguna menetapkan untuk memuat-naik gambar atau video, dan sama ada menggunakan pelan data ataupun hanya ketika dihubungkan pada WiFi sahaja. Dan untuk ibubapa yang mempunyai anak kecil yang sering bermain pada peranti mereka, kini sebuah halaman tetapan Children Corner turut disertakan, memberikan anda lebih kawalan berkaitan apa yang boleh diakses mereka.

Microsoft dijangka akan mengumumkan peranti Windows Phone 8 ini secara rasminya pada 30 Oktober kelak, dan semestinya pada tarikh tersebut, lebih banyak maklumat berkaitan akan diketahuii.

Komen