…akan terus dikekalkan untuk Facebook Pages dan Groups
Facebook Questions boleh dikatakan salah satu fungsi yang kurang popular pada Facebook dikalangan pengguna dengan profil persendirian. Dan menyedari perkara ini, Facebook bakal mula membuang sokongan tersebut bermula hari ini.
Namun, bagi Facebook Groups dan juga Facebook Pages, fungsi ini akan terus dikekalkan, membolehkan perbincangan dan bancian dilakukan oleh sesuatu jenama, organisasi dan sebagainya dengan mudah.
Daripada pemerhatian kami sendiri, lebih ramai pengguna gemar menggunakan ruangan status untuk bertanyakan sebarang soalan, dan jarang sekali mereka menggunakan sokongan Questions pada Facebook.
Pengguna Facebook akan melihat perubahan pada bar kemaskini status mereka dengan pautan Question dibuang dalam sehari dua lagi.