Cari @ Amanz

…kemaskini slot Lightning pada iPad sedia ada.Apple, seperti semua sedia maklum, bakal mengadakan suatu acara media khas pada minggu hadapan, 24 Oktober, dimana diperkatakan iPad Mini bakal diperkenalkan pada hari tersebut. Mengikut laporan terkini, bukan sahaja itu, mengatakan iPad sedia ada turut akan menerima beberapa kemaskini kecil pada hari tersebut.

Ia dilaporkan mengatakan iPad baru bersaiz 9.7-inci yang diperkenalkan pada awal tahun ini turut sama akan menerima beberapa kemaskini kecil, seperti sokongan Lightning padanya. Rekabentuk lain dijangka akan dikekalkan oleh Apple untuk iPad sedia ada.

Acara media Apple ini bakal diadakan pawa awal pagi 24 Oktober kelak, dimana selain ini, beberapa peranti lain yang diperkatakan akan turut diperkenalkan adalah termasuk MacBook Pro Retina bersaiz 13-inci.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd