Block Invader – Permainan Kapal Angkasa 8-bit Daripada Pembangun Tempatan (iOS)

Block Invader – Permainan Kapal Angkasa 8-bit Daripada Pembangun Tempatan (iOS)

Diterbitkan pada Okt 20, 2012 oleh .

Jikalau sebelum ini kita lihat permainan menjelajah angkasa dinamakan Galaxy Chase untuk Android daripada salah seorang pembangun tempatan, kini seorang lagi, dibawah nama Illogical hadir dengan permainan berbentuk 8-bit untuk iOS, dinamakan sebagai Block Invader.

Block Invader membawakan permainan berbentuk arked tembak-menembak dalam bentuk 8-bit, selain turut menyertakan persekitaran berbentuk 3D padanya. Permainan ini juga dilengkapi dengan lagu berbentuk 8-bit, sekaligus membawakan pengalaman memainkan permainan arked pada peranti iOS anda.

Seperti permainan tembak-menembak memfokuskan kapal angkasa yang lain, ia dilengkapi pelbagai tahap berbeza dengan semakin lama semakin sukar, dengan pilihan tetapan sehingga 7 tahap kesukaran. Ia juga turut dilengkapi dengan ganjaran seperti markah berbentuk kombo, kuasa tambahan (untuk menembak), dan beberapa yang lain.

Block Invader ini ditawarkan pada harga $0.99 untuk para pengguna iOS, dan boleh mendapatkannya daripada AppStore hari ini.

Muat-Turun Block Invader untuk iOS ($0.99)


TIPS & ULASAN