Video Terbaru EA Memperlihatkan Gabungan Aksi Dunia Sebenar Dan Permainan NFS : Most Wanted

Video Terbaru EA Memperlihatkan Gabungan Aksi Dunia Sebenar Dan Permainan NFS : Most Wanted

Diterbitkan pada Okt 20, 2012 oleh .

Dengan lebih kurang dua minggu lagi sebelum permainan Need For Speed : Most Wanted dilancarkan, kini, Electronic Arts hadir dengan video terbaru, memperlihatkan aksi dunia nyata untuk permainan lumba kereta jalanan terbaru daripada mereka itu.

Melalui video terbaru Need for Speed, ia memperlihatkan pelbagai kereta yang akan disertakan pada permainan tersebut, dimana selain daripada kereta pelumba, kereta polis sebenar juga diperlihatkan melalui video terbaru ini.

Need for Speed : Most Wanted yang diberikan nafas baru ini bakal dilancarkan kepada umum pada penghujung bulan ini untuk sesetengah pasaran dunia, dan 2 November untuk yang lain, dimana akan ditawarkan untuk PC, Xbox 360 dan juga PlayStation 3.


TIPS & ULASAN