CIMB, salah satu bank tempatan, akhirnya kini telah pun mengeluarkan kemaskini terbaru untuk aplikasi perbankan mudah-alih Android mereka, dimana kini ia lebih kemas dan berfungsi lebih pantas berbanding sebelumnya.
Kemaskini aplikasi terbaru ini membolehkan para pengguna membuat lebih banyak perkara, dan memberikan pengalaman penggunaan perbankan sebenar pada peranti mereka, jikalau dibandingkan dengan sebelum ini, yang hanya sekadar membolehkan pengguna menyemak akaun sahaja semata-mata.
Selain daripada aplikasi Android, rekabentuk laman CIMB juga turut menerima kemaskini antaramuka, membawakan rekabentuk yang lebih menarik berbanding sebelumnya. Bagi para pengguna baru, semestinya mereka tidak lagi sukar untuk mengakses navigasi, menu dan sebagainya pada rekabentuk laman yang baru ini.
Para pengguna iOS juga turut sama menerima kemaskini aplikasi yang baru, dimana melaluinya,ia kelihatan menyertakan sokongan akaun pelaburan emas, terus daripada aplikasi tersebut.
Bagi para pengguna dan pemegang akaun CIMB, mungkin boleh menyemak web rasmi CIMBClicks, ataupun aplikasi Android dan iOS, untuk melihat apakah yang dibawakan olehnya untuk anda.
- Muat-Turun Aplikasi CIMB Clicks Untuk Android
- Muat-Turun Aplikasi CIMB Clicks Untuk iOS