Cari @ Amanz

Facebook Messenger kelihatan diberikan perhatian yang agak serius oleh Facebook, dimana selain menyediakan aplikasi untuk desktop, dan juga aplikasi mudah-alih untuk beberapa platform utama, ia juga turut sama hadir dalam bentuk aplikasi tambahan untuk para pengguna Firefox.

Facebook Messenger untuk Firefox ini mengambil kelebihan daripada Social API yang diperkenalkan oleh Mozilla baru-baru ini, dan Facebook kelihatan antara perkhidmatan sosial terawal yang mengambil peluang daripadanya.

Untuk menggunakannya, para pengguna hanya perlu ke halaman rasmi Facebook Messenger untuk Firefox, dan klik pada butang Turn On, yang mana kemudiannya membolehkan anda melihat notifikasi dan perkembangan semasa Facebook anda terus melalui pelayar web Firefox, tidak kira laman apa yang anda layari. Namun, untuk masa ini, hanya versi pembangunan Firefox sahaja yang disokong, dan tidak lagi buat versi stabil pelayar web tersebut.

Tips daripada @Piratz.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd