Akaun Pengguna Facebook Di Malaysia Melangkaui Angka 13 Juta

Akaun Pengguna Facebook Di Malaysia Melangkaui Angka 13 Juta

Diterbitkan pada Okt 21, 2012 oleh .

Facebook = 13 juta; Google+ = 5.5 jutaSetelah mencapai angka 12 juta pengguna sekitar penghujung tahun lepas, kini Facebook menambah lebih 1 juta akaun pengguna baru pada laman sosial mereka yang berasal daripada Malaysia, menjadikan jumlah keseluruhan sekarang melangkaui angka 13 juta.

Angka yang lebih tepat yang dikongsikan oleh pihak Facebook melalui medium pengiklanan mereka, mengatakan kini akaun profil Facebook daripada Malaysia berjumlah lebih 13,167,180 akaun, dimana memperlihatkan hampir separuh rakyat Malaysia mempunyai akaun Facebook.

Namun, angka ini mungkin tidak mempersembahkan semua pengguna internet Malaysia, memandangkan terdapat segelintir pengguna yang mempunyai lebih daripada satu akaun. Angka ini terus mengukuhkan kedudukan Facebook di Malaysia, berbanding pesaing-pesaing mereka yang lain.

Sebelum ini, Google+ dikatakan mempunyai lebih kurang 5.5 juta pengguna daripada Malaysia.


TIPS & ULASAN