Cari @ Amanz

Mark : Pengguna Akan Berkongsi Lebih 1,000 Kali Dalam 10 Tahun Akan Datang

Oleh Aman

Link Copied!

Salah satu perkara yang menjadikan Facebook berjaya adalah perkongsian, dimana selain daripada hanya laman sosial tersebut, kini butang perkongsian Facebook boleh dilihat dikebanyakkan laman web utama, memudahkan perkongsian dari hari ke hari.

Mark Zuckerberg yang bercakap hari ini di StartupSchool, berkongsi mengatakan mereka menjangkakan dimana angka perkongsian oleh para pengguna berganda setiap 10 tahun, dan mengikut perkiraannya, dalam tempoh 10 tahun akan datang, pengguna akan berkongsi lebih kurang 1000 kali berbanding apa yang dilakukan hari ini.

Pada hari ini, Facebook dilihat telah menjadi salah satu medium perkongsian utama, daripada gambar, lokasi, peta, dan pelbagai perkara lain. Dari angka pengguna, kini Facebook mempunyai lebih daripada 1 billion pengguna di seluruh dunia, dan menariknya, mereka masih lagi lemah pada platform mudah-alih pada hari ini.

Dengan adanya Instagram, Facebook kelihatan boleh mempelajari beberapa perkara berkaitan peranti mudah-alih. Baru-baru ini, mereka telah pun memperkenalkan aplikasi natif untuk iOS, dan pengguna Android turut dikatakan akan menerimanya tidak lama lagi.

Semestinya, dunia sosial masih pada awal perkembangannya lagi, dengan Facebook yang masih belum memfokuskan sepenuhnya kepada sokongan panggilan video dan sebagainya. Mungkin dari hari ke hari, kita akan dapat melihat lebih banyak perkara baru pada Facebook, apatah lagi ia kelihatan mereka sedang menguji rekabentuk baru laman mereka baru-baru ini.


Komen ()