Gambar Kerangka Luar iPad Dengan Port Lightning Kelihatan

Gambar Kerangka Luar iPad Dengan Port Lightning Kelihatan

Diterbitkan pada Okt 21, 2012 oleh .

Dengan ura-ura sebelum ini mengatakan Apple bakal hadir dengan kemaskini untuk keluarga iPad sedia ada, kini sebuah gambar baru kelihatan, memperlihatkan kerangka luar iPad bersaiz 9.7-inci, yang mana disertakan bersama-sama dengan port Lightning padanya.

Lightning merupakan port pengecasan baru yang diperkenalkan oleh Apple pada iPhone 5, membawakan rekabentuk bersaiz lebih kecil berbanding sebelum ini.

Sebelum ini, ramai mensasarkan yang mana Apple hanya akan memperkenalkan sokongan untuk Lightning pada iPad sedia ada pada kemaskini tahun hadapan sahaja, tetapi ia kelihatan berkemungkinan Apple akan mengumumkannya bersama-sama dengan iPad Mini yang dinantikan ramai.

Apple bakal mengadakan sebuah acara media khas pada hari awal pagi 24 Oktober ini, dan dijangka akan mengumumkan beberapa perkara baru pada hari tersebut.


TIPS & ULASAN