…Galaxy dengan papan kekunci fizikal?
Samsung sentiasa memperkenalkan beberapa peranti baru mereka dalam keluarga Galaxy, dan kini mengikut laporan awal, ia kelihatan seperti Samsung sedang bersedia untuk melancarkan peranti baru menggunakan cip dwi-teras EXYNOS 5250 1.7GHz.
Namun, apa yang menariknya adalah saiz skrin yang hadir pada peranti tersebut, pada saiz resolusi 1280×672 pixel. Daripadanya, ia memperlihatkan berkemungkinan Samsung akan memperkenalkan peranti dengan papan kekunci fizikal padanya, dan dijana menggunakan Android 4.1. Jelly Bean.
Mungkin lebih maklumat akan diketahui dalam minggu-minggu akan datang, berkaitan peranti Galaxy terbaru daripada Samsung ini.