CSS3Ps Memudahkan Anda Mengubah Layer Pada Photoshop Ke Bentuk CSS3

CSS3Ps Memudahkan Anda Mengubah Layer Pada Photoshop Ke Bentuk CSS3

Diterbitkan pada Okt 21, 2012 oleh .

Bagi para perekabentuk web, salah satu aplikasi yang mungkin popular dan sering digunakan adalah Photoshop. Dan kini, dengan penggunaan CSS3 yang semakin popular, salah satu plugin tambahan yang agak berguna untuk mengubah daripada bentuk Layer terus ke CSS3 adalah CSS3Ps.

CSS3Ps adalah salah satu plugin yang berfungsi berasaskan awan, dimana apabila anda ingin mengubah daripada bentuk Layer kepada CSS3, anda hanya perlu klik pada butang CSS3Ps pada Photoshop anda, dan ia secara automatik, akan membuka pelayar web, dan memberikan anda kod dalam bentuk CSS3.

Kemudiannya, anda boleh menyalin kod tersebut, dan menggunakan dalam pembangunan web anda dengan mudah. Plugin tambahan percuma ini mungkin agak berguna bagi para pengguna baru yang sedang mempelajari kaedah untuk mengubah gambar Layer daripada Photoshop ke bentuk CSS3 dan sebagainya. Pada masa yang sama, ia juga menyumbang dalam mempercepatkan pembangunan web anda dari hari ke hari, disamping menggunakan kod CSS3 terkini dalam pembangunan.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan plugin CSS3Ps secara percuma daripada laman rasminya, dan jangan lupa berkongsi pendapat anda berkenaan dengan plugin ini bersama yang lain.

Muat-Turun CSS3Ps Untuk Photoshop


TIPS & ULASAN