Bagi para pengguna tablet Samsung Galaxy Tab 10.1, kini mungkin boleh bergembira, apabila Samsung telah pun mula memperkenalkan kemaskini Android 4.0 Ice Cream Sandwich kepada semua pengguna tempatan, yang mana boleh dilakukan secara OTA.
Kemaskini yang dibawakan untuk Galaxy Tab 10.1 ini bersaiz sekitar 231MB, dan menyertakan beberapa fungsi baru padanya, selain turut menyertakan aplikasi tambahan, pembaca Ebook daripada Samsung.
Bagi para pengguna Galaxy Tab 10.1, anda boleh mengakses halaman tetapan pada tablet anda dan memulakan kemaskini dengan mudah hari ini, ataupun sekiranya mengalami kegagalan, boleh mengemaskininya melalui perisian desktop, Samsung Kies.