Microsoft sememangnya membelanjakan sebuah amaun yang besar dalam mengiklankan produk terbaru mereka, iaitu selain daripada Windows 8, termasuk Microsoft Surface. Dan mengikut penganalisa, Ace Metrix, ia dikatakan iklan 30 saat terbaru untuk Surface adalah iklan tablet paling efektif untuk tahun ini bagi kategori tablet.
Ace Metrix membuat bancian dan menganalisa pendapat ramai pengguna dengan memperlihatkannya kepada lebih 500 pengguna, bersama-sama beberapa iklan yang lain, dan untuk iklan Microsoft Surface, ia menerima skor sebanyak 674, mendahului Galaxy Note 10.1 sebelum ini.
Berbeza untuk produk Apple, iPad, walaupun menerima jualan yang tinggi, ia diperkatakan iklan televisyen dan video untuknya kurang efektif. Apple dijangka akan mengumumkan tablet terbaru bersaiz kecil pada hari Rabu ini, sementara Microsoft bakal melancarkan Surface secara rasmi pada hari Khamis ini.