Cari @ Amanz

Jikalau TIME dot Com mara ke hadapan dengan pakej berbentuk 100Mbps, selain menguji internet sehingga kelajuan 500Mbps, Maxis pula kini mengumumkan secara rasmi, dua pakej baru mereka pada kelajuan 20Mbps dan juga 30Mbps.

Pengenalan pakej selaju 30Mbps bukanlah sesuatu yang baru, dimana sebelum ini, ia telah diperkenalkan pada tahun lepas, tetapi ditawarkan pada harga RM398 sebulan.

Daripada kemaskini harga yang ditawarkan, kini pakej 10Mbps ditawarkan pada harga RM168, 20Mbps pada harga RM238 dan juga 30Mbps pada harga RM298. Namun, sekiranya para pengguna mempunyai talian pascabayar Maxis, maka diskaun untuknya ditawarkan untuk pembayaran bulanan. Perkhidmatan tambahan seperti panggilan percuma dan sebagainya turut disertakan pada pakej Maxis Home.

Namun, seperti biasa, harga pakej yang ditawarkan masih agak mahal jikalau dibandingkan dengan TIME dot Com (dari segi penawaran perkhidmatan internet). Tetapi, dari segi kelebihan, pihak Maxis tidak mengenakan sebarang kuota buat masa awal ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd