Cari @ Amanz

GTalk merupakan salah satu aplikasi permesejan daripada Google, yang mana bukan sahaja diintegrasikan pada GMail mereka, tetapi turut didatangkan bersama-sama peranti Android di seluruh dunia. Dan menariknya, anda kini boleh mendapatkan beberapa maklumat asas seumpama Google Now, terus daripada GTalk.

Untuk mendapatkan bantuan, terlebih dahulu, tambah akan rakan baru iaitu [email protected], sama ada terus melalui GMail ataupun pada peranti Android anda melalui aplikasi GTalk.

Kemudiannya, sebaik sahaja selesai, para pengguna boleh mula bertanya pelbagai persoalan dan mendapatkan maklumbalas pantas melaluinya.

Daripada apa yang kami lihat, apabila kita menghantar sesebuah kata kunci, ia memberikan penerangan ringkas, yang mana daripada data yang ditarik daripada WikiPedia. Antara perkara yang boleh ditanya, termasuklah berkaitan cuaca, pengiraan, maksud, dan beberapa perkara lagi.

Kata-kunci yang digunakan oleh Google Guru ini antaranya adalah Weather, Define, Web, dan juga Calculate. Anda hanya perlu menaip kata kunci ini, dan diikuti perkataan ataupun formula untuk mendapatkan maklumbalas. Untuk bantuan, hanya perlu menaip Help dan menghantar kepada Google Guru.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd