DiGi Menawarkan Pakej Khas Untuk Perkhidmatan WhatsApp

DiGi Menawarkan Pakej Khas Untuk Perkhidmatan WhatsApp

Diterbitkan pada Okt 22, 2012 oleh .

Pada hari ini, berbanding dengan SMS, WhatsApp menjadi antara pilihan utama pengguna yang mempunyai pelan data, dan menyedari perkara ini, hari ini DiGi dan juga WhatsApp mengumumkan kerjasama, dan menyediakan beberapa tawaran khas untuk para pengguna DiGi.

Melalui kerjasama ini, DiGi menawarkan pakej baru, dimana pada harga RM5 untuk 5 hari, para pengguna akan mendapat akses tanpa had untuk perkhidmatan WhatsApp, serta turut didatangkan bersama-sama dengan penggunaan data percuma sebanyak 100MB.

Pada masa yang sama, DiGi turut mengatakan sebanyak 25% daripada pengguna perkhidmatan mereka menggunakan telefon pintar, sekaligus menjadikan WhatsApp antara perkhidmatan popular dikalangan pengguna DiGi, mahupun Malaysia secara amnya.

WhatsApp Messenger ditawarkan untuk pelbagai platform dan peranti, termasuk iOS, Android, BlackBerry, Windows Phone, dan Nokia. Mengikut statistik terakhir yang dikongsikan pihak WhatsApp, sebanyak 10 billion mesej dihantar melalui perkhidmatan tersebut setiap hari.


TIPS & ULASAN