Aplikasi Skype Baru Bakal Dilancarkan Bersama-sama Windows 8

Aplikasi Skype Baru Bakal Dilancarkan Bersama-sama Windows 8

Diterbitkan pada Okt 23, 2012 oleh .

..bakal dilancarkan pada 26 Oktober.Dengan pelancaran Windows 8, salah satu aplikasi yang dinantikan semestinya Skype yang telah diambil-alih oleh Microsoft baru-baru ini. Hari ini, mereka berkongsi maklumat lanjut, mengatakan ia akan dilancarkan pada hari Jumaat ini.

Aplikasi yang akan dikenali sebagai “Skype untuk Windows 8” ini bakal membawakan antaramuka ModernUI sama seperti yang digunakan pada Windows 8, membolehkan para pengguna dengan mudah membuat panggilan video, menghantar mesej dan sebagainya terus melaluinya.

Ia juga turut sama akan diintegrasikan dengan lebih mendalam pada People Hub, membolehkan anda menambah senarai hubungan dan rakan-rakan dan mengintegrasikannya dengan Skype.

Selain daripada kemaskini untuk Windows 8, Microsoft juga dijangka akan mengumumkan Skype untuk Windows Phone 8 pada hari Isnin akan datang ketika pelancaran Windows Phone 8.


TIPS & ULASAN