MOL Membuat Pelaburan Strategik Pada Rixty – Mengukuhkan Kedudukan Dalam Arena Pembayaran Digital

MOL Membuat Pelaburan Strategik Pada Rixty – Mengukuhkan Kedudukan Dalam Arena Pembayaran Digital

Diterbitkan pada Okt 23, 2012 oleh .

MOL sebelum ini telah mengejutkan dunia dengan mengambil-alih Friendster, dan kini nampaknya, syarikat tersebut terus mengukuhkan kedudukan dalam arena pembayaran digital, dengan terkini MOL membuat pelaburan di Rixty.

Rixty merupakan salah satu platform pembayaran untuk kandungan atas-talian di Amerika Syarikat. Di Amerika Syarikat, para pemain boleh menambah wang pada akaun Rixty mereka dengan pelbagai kaedah, daripada kad prabayar, sehingga ke beberapa lokasi yang menawarkan pembayaran tunai untuknya. Rixty dilaporkan mempunyai lebih 75,000 lokasi untuk pembayaran tunai di Amerika Syarikat, dan lebih 66,000 lokasi di Brazil.

Dengan pelaburan majoriti pada Rixty, ia membolehkan MOL yang kukuh di Asia Pasifik untuk memperkukuhkan lagi kedudukan di arena global, selain mana memudahkan para pemain untuk menggunakan hanya satu platform yang selari untuk semua permainan mereka.

Selain daripada dunia digital, baru-baru ini, MOLPay turut mengumumkan pengenalan MOLCube, yang mana membawakan pembayaran seumpama Square ke pasaran tempatan, dan dijangka akan digunakan dibeberapa lokasi utama di Malaysia.


TIPS & ULASAN