PayPal Mengumumkan Kerjasama Strategik Dengan MoneyGram

PayPal Mengumumkan Kerjasama Strategik Dengan MoneyGram

Diterbitkan pada Okt 23, 2012 oleh .

Menghantar dan menerima duit PayPal menerusi cawangan MoneyGramPayPal yang terkenal dengan perkhidmatan atas-talian mereka nampaknya turut sama ingin mengukuhkan di arena offline, dengan terkini mengumumkan kerjasama dengan MoneyGram.

Bagi mereka yang selalu menghantar wang ke luar negara dan sebagainya, mungkin sedia maklum mengenai MoneyGram, iaitu salah satu perkhidmatan penghantaran dan penerimaan wang antarabangsa, beroperasi di lebih 196 buah negara seluruh dunia. Kelebihan MoneyGram adalah pada lokasi fizikal yang membolehkan wang dihantar dan diterima, manakala untuk PayPal pula kekuatannya pada perkhidmatan atas-talian yang digunakan lebih 177 juta pengguna berdaftar.

Melalui kerjasama kedua-dua gergasi ini, ia membolehkan para pengguna menghantar dan menerima wang dengan mudah, dimana hanya nombor telefon ataupun emel digunakan untuknya. Ia juga sekaligus akan menguntungkan pengguna tanpa kad kredit, membolehkan mereka memasukkan duit ke akaun PayPal terus melalui MoneyGram, dan turut sama mengeluarkan duit daripada PayPal mengikut medium yang sama.

Perkhidmatan tersebut akan dimulakan pada awal tahun 2013 di Amerika Syarikat, dan akan diperkenalkan secara berperingkat ke seluruh dunia oleh PayPal dan MoneyGram.


TIPS & ULASAN