Sony Mula Menjual Xperia J Di Malaysia – Berharga RM799

Diterbitkan pada Okt 23, 2012. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Setelah diumumkan di IFA 2012 sebelum ini, hari ini, Sony Malaysia telah pun mula menawarkan peranti terbaru mereka itu untuk pasaran Malaysia, iaitu Xperia J. Bagi mereka yang berminat, boleh mendapatkannya daripada semua pengedar tempatan pada harga RM799. Tiada syarikat telekomunikasi yang menawarkannya buat masa ini.

Xperia J membawakan skrin FWGA bersaiz 4.0-inci, kamera 5-megapixel pada bahagian belakang, cip pemprosesan 1GHz Cortex-A5, memori sebanyak 512MB RAM, ruangan storan sebesar 4GB dan juga bateri berkapasiti 1750 mAh. Ia turut dilengkapi dengan Android 4.0 Ice Cream Sandwich padanya.

Ia ditawarkan dalam beberapa pilihan warna, iaitu hitam, emas, putih dan juga merah jambu.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami